Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)

639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MATA JALAN

Mata jalan ialah stad jalan yang memantulkan

cahaya. Mata jalan diletakkan berderet di sepanjang

jalan utama.

UMUM 
JALAN RAYA ROM UMUM 
JALAN RAYA UMUM 
JALAN PERDAGANGAN UMUM 
JALAN BURMA UMUM 
JALAN BULATAN BESAR UMUM 
JALAN AIR SAINT LAWRENCE UMUM 
JALAN AIR UMUM 
NASH, JOHN

Nash, John (1752–1835) ialah arkitek dan pereka

landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera

Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV,

Nash merubah semula pelan Taman Regent di

kawasan London menjadi sebuah taman landskap

yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan

yang besar dan disempadani oleh vila di setiap

bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place

dan Carlton House Terrace disiapkan antara

tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya

yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah

kos. Nash lahir di London. Dia turut

mengendalikan beberapa buah projek lain

termasuklah Buckingham House (kini Istana

Buckingham), Marble Arch dan Brighton

Pavillion.

UMUM 
JALAN PENARIKAN

JALAN PENARIKAN,  jalan darat yang menghubungkan Melaka dengan Pahang.  Jalan ini diikuti oleh Sultan Mahmud Syah ketika berundur dari Melaka apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345678910...

Kembali ke atas