Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)

639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Dang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jalan -jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dan muak, Setiap bersua memalingkan muka. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jalan-jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dah muak, Setiap bersua memalingkan muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jalan-jalan di kaki lima, Bawalah pulang ikan gelama; Budi tuan sudahlah diterima, Jadikan hutang selama-lamanya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Satu Cina satulah Melayu, Jalan-jalan tengah halaman; Jangan disangka bunga dah layu, Kalaulah kembang peruntuh iman.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak Cina pandai labangis, Jalan-jalan atas keranda; Adinda tuan jangan menangis, Ambil geguling ganti kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jalan baru Merpati, Jalan Merpati, Simpang Jalan Laruh, ke Jalan Laruh; Berapa tahun kunanti, harus kunanti, Kain buruk di tubuh, buruk di tubuh.Pantun Melayu SarawakBergendang
Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jalan naik jalan mendaki, Siapa mendaki lelah rasanya; Jangan adik lupakan janji, Mungkir janji nyawa padahnya. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas