Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)

639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali.Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan raya titian batu.Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung.Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam kepiting jalan.Orang yang berjalan miring.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut.Meskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas