bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus". | Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasih | Sebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi. | Lain-lain | 15.11.2010 |
Mohon jelaskan secara terperinci perkataan Kerja. Adakah maksud di bawah boleh diguna pakai? KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap. | Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui secara terperinci maksud perjataan 'kerja'. Huraiannya terlalu panjang untuk dijawab di sini. | Makna | 22.02.2019 |
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik. | Saudari Succy, Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi' | Makna | 20.09.2012 |
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jam | Sila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan? | Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
dalam Kamus Dewan dinyatakan masa tengah hari bemula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00. Saya rasa janggal kalau jam 2.00 dinyatakan sebagai 2.00 tengah hari. Saya rasa jam 1.00 tengah hari adalah betul tetapi jam 2.00 ialah 2.00 petang | Untuk makluman tuan, waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00 hingga 1.59, mulai pukul 2.00 ghingga 6.59 kita nyatakan sebagai waktu petang. | Lain-lain | 08.04.2013 |
Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu jam sentengah. Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. Mana yang betul. Satu jam setengah atau satu setengah jam? | Ayat yang tepat ialah:Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. (letakkan unit di bahagian paling akhir: Satu setengah meter, satu setengah kilo, atau satu setengah liter) | Lain-lain | 03.11.2016 |
Dua jam suku ataupun dua suku jam betul? Rujuk kepada maklumat yang diberikan dalam laman sesawang dbp, bahagian khidmat nasihat menyatakan bahawa dua suku jam betul tetapi jawapan yang diberikan oleh guru yang mengajar di sekolah ialah dua jam suku. | Salam sejahtera, Tuan, Jawapan paling tepat ialah dua jam suku. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 16.08.2017 |
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong | 1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. 2. Seutas jam tangan. | Tatabahasa | 10.04.2017 |