Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hello. Apakah perbezaan antara "jantung" dan "hati"? Adakah jantung utk konteks biologi sains tubuh badan manakala hati utk konteks cinta dan kasih? Di samping itu, sanubari dan kalbu?Jantung dan hati ialah dua organ yang berbeza. Dari aspek bahasa, kedua-dua perkataan merujuk kedua-dua organ tersebut kecuali apabila dirangkaikan dengan perkataan lain maka akan wujudlah makna lain seperti jantung hati yang bermaksud orang yang dikasihi.Tatabahasa19.06.2013
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu.Penyelidikan12.06.2018
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "cannulate, cannulated, decannulation" dalam bidang perubatan. Kata-kata ini tidak wujud dalam PRPM. Hanya perkataan "cannula" ada digunakan, merujuk kepada kanula. contoh penggunaan kata dalam ayat: "I've almost got him cannulated" (situasi: dalam pembedahan jantung dan jantung pesakit berdegup terlalu laju, kanula ada digunakan) terjemahan: proses kanula hampir selesai (saya tak faham penggunaan cannulated di sini, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi semata-mata) "you've done decannulation of the heart today" (situasi: melibatkan pembedahan jantung pesakit) terjemahan: awak buat pembedahan dekanulasi jantung hari ini. (sekali lagi, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi) makna kata daripada theFreeDictionary.com cannulate, cannulated, cannulating "To insert a cannula into (a bodily cavity, duct, or vessel), as for the drainage of fluid or the administration of medication" decannulation "extubation of a cannula" Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Saya juga ingin memohon bantuan DBP untuk mencadangkan sebarang kamus perubatan dalam Bahasa Melayu untuk rujukan. Terima kasih.Salam sejahtera, 1. Cadangan padanan kami ialah: a. cannulate - mengkanulatkan b. cannulated - dikanulat atau terkanulat c. decannulation - pendekanulatan 2. Pihak puan boleh melayari dbpniaga.my untuk melihat buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang sains dan perubatan. Sekian, terima kasih.Istilah02.06.2020
Assalamualaikum... Boleh saya tahu, adakah ayat "Semoga dipermudahkan segala urusan" salah? Sebab saya ada tengok tiktok Zack Kirana yang cakap perkataan "dipermudahkan" ni salah dari segi tatabahasa.. Yang betul hanyalah "Semoga dipermudah segala urusan". Satu lagi, adakah "denyut jantung" salah? Adakah denyut hanya digunakan untuk nadi sahaja? Jantung hanya boleh guna "degup" sahaja ke? Bolehkah pihak tuan berikan penjelasan berkaitan isu ini? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Semoga dipermudah segala urusan" kerana kata adjektif "mudah" menerima apitan memper- (aktif) dan diper- (pasif), bukan apitan memper-...kan/diper-...-kan.

2.  Denyut bermaksud gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); dan degup bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras. Berdasarkan makud ini frasa denyut jantung dan degup jantung, kedua-duanya betul. 
Lain-lain23.07.2022
1. Ali menghidap ( penyakit , sakit) jantung berlubang. yang manakah betul, adakah kedua-dua juga betul digunakan? terima kasihJawapan yang betul ialah Ali menghidap penyakit  jantung berlubang.Lain-lain26.05.2010
Untuk bahagian badan, seperti kepala, kaki, mulut, jantung dsb, kata sendi yang betul ialah 'dari' atau 'daripada'? Contohnya: 1. Air liur mengalir keluar dari/daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari/daripada hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar dari/daripada jantung ke seluruh badan.1. Air liur mengalir keluar daripada mulutnya.
2. Saya memohon maaf dari hujung kepala ke hujung kaki.
3. Darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan.
Kata sendi nama "dari" digunakan bagi menunjukkan arah, tempat dan masa. Kata sendi nama "daripada" digunakan bagi menunjukkan sumber atau perbandingan.
Tatabahasa19.06.2015
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk?

Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
Hari demi hari keadaan abang semakin parah oleh sebab penyakit jantung yang dihidapinya. Munsyi, adakah oleh sebab tidak boleh letak di tengah ayat? TKOleh sebab boleh digunakan di dalam ayat. Oleh itu, ayat "Hari demi hari keadaan abang semakin parah oleh sebab penyakit jantung yang dihidapinya." adalah betul.Tatabahasa15.04.2012
Salam Keluarga Malaysia. Adakah frasa “denyut jantungku berdebar” mempunyai kesalahan dari aspek tatabahasa? Hal ini kerana berdasarkan pemahaman saya daripada rujukan definisi di DBP: BUNYI debaran jantung dirujuk sebagai degup. PERGERAKAN debaran jantung dirujuk sebagai denyut. Berdebar pula merujuk kepada pergerakan.Frasa tersebut betul.Makna24.07.2022
1234

Kembali ke atas