Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ambil galah pepahkan jantung, Jantungnya jatuh ke balik pagar; Saya tak mahu berbalas pantun, Pantun saya baru belajar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mana perginya si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hai mana si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12345

Kembali ke atas