Apakah perbezaan mengenang jasa dan membalas budi? Terima Kasih. | Tiada perbezaan ketara antara mengenang jasa dan membalas budi.Kebiasaannya mengenang jasa selalunya dikaitkan dengan jasa yang telah dibuat oleh seseorang. Manakala membalas budi lebih kepada soal yang berkaitan dengan hati budi seseorang.Misalnya disebabkan oleh kebaikan seseorang seperti membantu orang lain dalam kesusahan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
JASA MU OR JASAMU | Ejaan yang betul ialah jasamu. | Ejaan | 22.10.2009 |
jasa para guru yang mendidik kami selama ini (akan dikenang oleh kami). yang manakah satu betul? kami akan kenang, akan kami kenang, kami akan mengenang, akan dikenang oleh kami | Yang betul ialah 'akan kami kenang'. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
tolong terangkan maksud frasa " ucap jasa" dalam ayat di bawah... " ucap jasa bagi pengurniaan ijazah doktor kehormat" | Puan Noris, Perkataan ucap jasa bermaksud kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah citation. | Makna | 29.03.2010 |
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih. | Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2017 |
Mohon jasa baik pihak tuan untuk membuat semakan pada ayat yang dilampirkan sama ada terdapat kesilapan ayat atau tidak. terima kasih. 1. CINTAI KEBERSIHAN. BERSAMA KITA MENJAGANYA. 2. KEBERSIHAN MILIK KITA. BERSAMA MENGHARGAINYA. | Ayat yang betul ialah: 1. CINTAI KEBERSIHAN, BERSAMA-SAMA KITA MENJAGANYA 2. AMALKAN KEBERSIHAN, BERSAMA-SAMA MENGHARGAINYA | Tatabahasa | 04.02.2018 |
Mohon jasa baik terjemahkan 'Plastic Injection Moulding' dalam bahasa Melayu. | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Plastic Injection Moulding' dalam bahasa Melayu ialah Pembentukan Suntikan Plastik. | Makna | 25.09.2016 |
Mohon jasa baik terjemahkan 'lubricator and predictive maintenance' dalam bahasa Melayu. | Terjemahan bahasa Melayu untuk "lubricator and predictive maintenance" ialah pelincir dan penyenggaraan ramalan. | Istilah | 07.06.2016 |
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan 2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID 3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi | Istilah | 08.03.2016 |
Mohon jasa baik dan bantuan dari pihak tuan untuk menyemak bahasa melayu yang digunakan sekiranya terdapat kesalahan bahasa tersebut seperti dilampirkan. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan. | Tidak ada lampiran yang disertakan untuk semakkan pihak DBP, mohon kemukakan yang baru. | Istilah | 28.12.2015 |