Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(192)
Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(72)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jatuh tidak berkait (= berjolok).Membuat sesuatu tanpa diminta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jatuh dihimpit tangga.Mendapat kesusahan silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jatuh di atas tilam.Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jatuh berkait.Memperoleh sesuatu kerana diminta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas).Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh).Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bunyi cempedak jatuh.Bunyi jatuh yang kuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga gugur putik pun gugur.Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan jatuh di ribaannya.Beruntung besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas