Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.la.jah] | جلاجه

Definisi : ; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll); menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan; penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik; penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amund­sen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.la.jah] | جلاجه

Definisi : Mn; menjelajahkan mene­rang­kan, menghuraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.la.jah] | جلاجه

Definisi : ; menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara: Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk pelancong dsb; mengembarai: Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1 orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2 = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelajah
Kata Terbitan : menjelajah, menjelajahi, penjelajahan, penjelajah,