Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.ka] | جناک

Definisi : 1. perbuatan atau kata-kata yg meng­gelikan hati, lawak: ~nya membuatkan penonton-penonton tidak dapat menahan ketawa; 2. menggelikan hati, membangkitkan ketawa: lawak ~; cerita ~; berjenaka berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu kami tidak putus-putus ~; kejenakaan 1. perihal jenaka; 2. kelucuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.ka] | جناک

Definisi : 1 perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati; lawak: Para penonton tertawa terbahak-bahak melihat ~nya itu. 2 menggelikan hati; membangkitkan ketawa; lucu: cerita ~ cerita yg menggelikan hati. berjenaka berbuat atau berkata-kata utk membuat orang tertawa; berkelakar; berlawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenaka (kata nama)
Bersinonim dengan lawak, kelakar, seloroh, senda gurau, gurau senda, lucu-lucuan, lelucon, banyol, kecindan, kocak;,
Kata Terbitan : berjenaka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? adakah Jenaka Yang Menarik, Melibatkan Jenaka atau Menawan Unsur Jenaka?Mohon tuan/puan untuk memberikan contoh ayat supaya kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat dan mengikut konteks yang sesuai.Istilah18.07.2021
Adakah dalam berpidato boleh menggunakan loghat sebagai jenaka ?Dalam konteks rasmi, pengguna disarankan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan standard. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara bolehlah menghubungi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).Lain-lain12.11.2023
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELUCON?Lelucon bermakna kelakar atau jenaka (cerita, dsb), lawak, kelucuan.Makna23.03.2008
apakah perbezaan antara tema dan maksud dalam sesebuah seloka ?Tuan,

Untuk makluman, seloka bermaksud puisi yang berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). Tema dalam seloka ialah subjek yang menjadi dasar/pokok sesuatu pembicaraan dalam seloka. Manakala, maksud  dalam seloka pula ialah tujuan sesebuah seloka itu dicipta, sama ada mengejek, menyindir secara serius atau berjenaka, mengkritik tingkah laku, sikap atau sifat negatif dan sebagainya.
Sastera22.04.2019
Salam... saya ingin membuat aduan berkenaan terdapat individu yang menggunakan nick kakikuDibibirmu menyalahgunakan menggunakan laman web carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk tujuan jenaka yang melampau dan memalukan. Sila rujuk laman web ini http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=808430 untuk melihat perkara yg saya bangkitkan ini. Sekiranya pihak DBP menganggap perkara yg dilakukan oleh individu tersebut tidak mengganggu dan menjatuhkan mertabat DBP saya memohon maaf. Terima kasihTerima kasih atas maklumat yang puan salurkan dan DBP akan menyiasat perkara ini.Lain-lain06.06.2014
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Satira" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1972) kata satira bermaksud seperti yang berikut:

satira kata nama
1 karya seperti novel, filem dan drama yang menggunakan unsur jenaka untuk menyindir, mengejek, mempersendakan dan sebagainya kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Satira ini mengisahkan kebusukan sikap pemimpin yang mengamalkan rasuah dan kronisme.

2 sindiran, ejekan, sendaan dan sebagainya berbentuk jenaka untuk menyatakan kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Jenaka menjadi wadah untuk menyalurkan satira dan kritikan di samping menjadi bahan hiburan.

Terdapat dua maksud satira yang diberikan bergantung kepada konteks penggunaan kata tersebut. Untuk maklumat lanjut khususnya tentang kata terbitan dan makna kata ini, sila semak kamus terkini terbitan DBP.
Makna15.01.2024
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker.Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna22.07.2021
Selamat pagi. Sekadar ingin bertanyakan terjemahan paling sesuai untuk perkataan "urban legend" iaitu kejadian yang dianggap berlaku namun sebenarnya tidak. Terima kasih. Yang benar, HamdanTidak ada terjemahan urban legend dalam pangkalan data kami. Dalam konteks budaya kita, genre yang boleh menggambarkan maksud perkataan urban legend ialah cerita jenaka, cerita seram dan cerita rakyat, namun tiada satu kata atau frasa yang boleh menggambar maksudnya.Penyemakan dan penterjemahan09.12.2014
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional?

Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. 

Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang.

Sekian dan salam. 

Lain-lain09.07.2009
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian.Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL.  Lain-lain26.02.2008
12

Kembali ke atas