Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.sim] | جيسيم

Definisi : Ar 1. isi segala benda yg tidak bernyawa; 2. (Fiz) kuantiti jirim dlm benda yg tidak bernyawa yg tidak tertakluk pd graviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.sim] | جيسيم

Definisi : kumpulan jirim yg tidak mempunyai bentuk tetap dan merupakan jumlah isi sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jisim
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :jasad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
low bone massjisim tulang rendahMakna27.03.2007
Salam. Manakah yang betul, "hubungkaitkan" atau "hubung kaitkan"? Contoh: Hubungkaitkan kandungan haba dengan jisim air. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah hubung kait, hubung kaitkan dan dihubungkaitkan. Apabila menerima apitan barulah disatukan ejaannya.Tatabahasa15.01.2015
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011
MAKNA ATRIBUT- ATRIBUT

Saudara Roslina,

Makna atribut ialah 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer.

Makna23.03.2010
Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "terung" dan "pelukan"? Terima kasih.Penjodoh bilangan untuk terung ialah "biji".  Cotoh: Sebiji terung.
Manakala bagi perkataan pelukan pula, tidak ada penjodoh bilangan untuk perkataan ini kerana ia adalah kata kerja yang tiada jisim untuk dikira.
Lain-lain10.04.2014
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadihEjaan26.06.2013
SAYA BERLU PASATIKAN TENTANG PERKATAAN TRIBUT ADA ATAU TIDAK?HARAP DAPAT JAWAPAN SEGERA

Tiada perkataan "tribut" dalam bahasa Melayu tetapi "atribut" ada.

Atribut bermaksud:- 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer.

Lain-lain16.10.2008
Apakah padanan yang diberikan bagi “ash insoluble in water” sebagai “abu tidak larut dalam air” dalam ayat di bawah ini sesuai? Kami bercadang untuk menggunakan padanan “abu yang tidak larut dalam air”. Adakah ia boleh digunakan? 276. (2) Cocoa paste, cocoa mass, cocoa slab or cocoa liquor shall not contain, on water-free and fat-free basis, more than 5.5 per cent of ash insoluble in water. 276. (2) Pes koko, jisim koko, kepingan koko atau likuor koko tidak boleh mengandungi, atas asas tanpa air dan tanpa lemak, lebih daripada 5.5 peratus abu tidak larut dalam air.

Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan bagi ash insoluble in water ialah abu tak larut air.

Penyemakan dan penterjemahan01.07.2021
Merujuk kepada lampiran yang disertakan, yang diambil dari buku aktiviti Sains Tahun 3, mohon jelaskan dengan lebih terperinci maksud soalan pada gambar yang dibulatkan. 1) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu cecair di dalam kotak? atau 2) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu kotak minuman?Soalan tersebut memerlukan anda menyata kaedah yang sesuai untuk mengukur sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas.Lain-lain06.05.2020
definisi nilai kemanusiaan

Saudara Shashaerika,

Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.

 Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

Oleh yang demikian,  frasa nilai kemanusiaan  bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

 

 

 

Makna10.02.2010

Kembali ke atas