Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya; berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), ber­kahwin (dgn); menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; menjodohkan, memperjodohkan me­ngah­­­winkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan; penjodohan perihal menjodohkan sese­orang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya; sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin; penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1 pasangan hidup (lelaki atau perempuan): Kita mesti berhati-hati memilih ~, jika tidak, kita akan kecewa. 2 lawannya atau pasangannya: Mana ~ kasut ini? 3 sesuai; secocok: Harganya tidak ~ dgn kainnya. berjodoh berpasangan (dgn); berkahwin (dgn). menjodohkan mengusahakan supaya menjadi suami isteri; mengahwinkan: Pak Mat telah ~ anak perempuannya dgn doktor. perjodohan hal berjodoh (dgn); pertunangan; perkahwinan. penjodohan perbuatan atau hal menjodohkan. penjodoh pemadan; pasangan: ~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, dan batang utk pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jodoh (kata nama)
Bersinonim dengan pasangan, teman kawan, lawan, saing, kelamin;,
Kata Terbitan : menjodohkan, penjodohan,

Peribahasa

Seperti cincin dengan permata.

Bermaksud :

Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mateteman; jodohSosiologiTiadaTiada
computer datingjodoh berkomputerTeknologi MaklumatTiadaPenggunaan komputer bagi mencari pasangan seseorang.
mate selectionpemilihan jodohSosiologiTiadaTiada
mate selectionpemilihan jodohSosiologiTiadaTiada
conjugate surfacepermukaan jodohMekanikGunaanDua permukaan (susuk dua gigi gear atau susuk sesondol-dan-pengikut) yang terbentuk bagi menghasilkan nisbah halaju sudut yang malar apabila berkahwinan.
mate selectionpemilihan jodohSosiologi KeluargaTiada-
jig-saw puzzleteka suai-jodohPendidikanTiadaTiada
screw union for suction pipeskru jodoh paip sedutKejuruteraanTiadaTiada
theory of complementary need in mate selectionteori saling melengkapi dalam pemilihan jodohSosiologiTiadaTiada

Kembali ke atas