Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua] | جوا

Definisi : 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita ~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg men­dahuluinya: Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; ® juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua] | جوا

Definisi : 1 tak lain drpd; hanya; saja: Tuhan ~ yg mengetahui. 2 kata utk memperkuat kata-kata yg mendahuluinya:Tiada seorang ~ pun yg tampil ke hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jua

Puisi
 

Siapa makan cubadak,
     Kulitnya tergantung jua;
Siapa adik teragak,
     Duduk bermenung jua.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Bermaksud :

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

 

Lihat selanjutnya...(10)

625

United we stand, devided we fall

Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai.

Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.

''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party.

''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freestylegaya bebasSukanTiadaSatu gaya renang. Perenang boleh berenang apa jua gaya, kecuali bagi acara rampaian individu dan acara berganti-ganti rampaian. Gaya bebas bermakna apa jua gaya selain gaya dada, gaya kupu-kupu dan gaya lentang.
equation of continuitypersamaan keselanjaranFizikMekanikPersamaan yang dipatuhi oleh apa jua kuantiti yang abadi dan tidak musnah seperti jisim, cas elektrik, tenaga terma, tenaga elektrik atau kebarangkali kuantum mekanik. Persamaan ini menyatakan bahawa kadar penambahan kuantiti dalam apa jua rantau adalah sama dengan jumlah arus yang mengalir ke dalam rantau tersebut.
chrominancekrominansFizikOptikPerbezaan antara apa jua warna dengan warna rujukan tertentu yang sama cerah; bagi televisyen warna, warna rujukan tersebut adalah putih yang mempunyai koordinat x = 0.310 dan y = 0.316 dalam gambarajah kekromaan.
shieldingpersaianFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanApa jua cara untuk mengelakkan petikan isyarat atau hingar yang tidak diingini, menindas sinaran isyarat yang tidak diingini atau mengurung isyarat yang dikehendaki ke kawasan atau lintasan yang diingini sahaja seperti dalam perisaian elektrostatik atau elektromagnet.
elementary chargecas keunsuranFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanCas bagi apa jua jasad yang gandaan integer cas tersebut bernilai sama dengan cas elektron.
terminalterminalFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Skru, titik pematerian atau apa jua titik yang sambungan elektrik boleh dilakukan. 2. Kelengkapan pada ujung suatu sistem geganti mikro gelombang atau saluran penghubungan yang lain. 3. Salah satu titik masukan atau keluaran arus elektrik bagi litar atau komponen.
duality principleprinsip kedualanFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanPrinsip yang menyatakan bahawa bagi apa jua teorem dalam analisis litar elektrik, ada teorem kedualan yang boleh menggantikan kuantiti lain dengan kauntiti kedualan seperti arus dan voltan, impedans dan admitans, jaring dan nod. Prinsip yang menyatakan bahawa analogi boleh diambil antara suatu litar transistor dengan litar tiub vakum yang sepadan. Prinsip yang menyatakan bahawa penyelesaian persamaan Maxwell yang bahari boleh diperolehi daripada penyelesaian yang sedia ada dengan menggantikan keamatan medan elektrik E dengan kemaatan medan magnet H, H dengan -E, keterlusan e dengan ketelapan m dan m dengan e.
ground-water dischargeluah air tanahHidrogeologiTiadaLuahan air dari zon tepu dengan apa jua cara: sejatan, pepeluhan, aliran mata air, rembesan efluen, perigi pampa dan keluaran air tanah dari bawah kawasan tersebut. Hal ini mencakup proses luahan, dan air terluah serta kuantitinya. (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: pengurangan air tanah
backstroke endingtamat gaya lentangSukanTiadaKeadaan apabila perenang perlu menyentuh dinding kolam dengan apa jua bahagian badan dalam posisi terlentang.
material misrepresentationsalah nyata fakta mataninsuransTiadaPemalsuan fakta matan dengan mengguna apa-apa cara jua. Jika syarikat insurans mengetahui hal sebenarnya, ia tidak akan menginsuranskan risiko tersebut. Salah nyata fakta matan memberi hak kepada syarikat insurans untuk mengetepikan kontrak.
1234

Kembali ke atas