Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua] | جوا

Definisi : 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita ~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg men­dahuluinya: Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; ® juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua] | جوا

Definisi : 1 tak lain drpd; hanya; saja: Tuhan ~ yg mengetahui. 2 kata utk memperkuat kata-kata yg mendahuluinya:Tiada seorang ~ pun yg tampil ke hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jua

Puisi
 

Siapa makan cubadak,
     Kulitnya tergantung jua;
Siapa adik teragak,
     Duduk bermenung jua.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Bermaksud :

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan puntung berasap jua.Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat pasang berturun naik.Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar tak berbau.Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digantung tinggi, dibuang jauh.Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada takut akan antah.Tidak takut kepada siapa jua pun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku.Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas