Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : juga

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(62)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
la la ni[lA lA ni] pada masa dan ketika ini juga.Aku tengah tak dak duet, mana nak pi cari duet la la ni.[A.ku t«.NAh tA/ dA/ du.wet mA.nA nA/ pi tSA.Òi du.wet lA lA ni]Saya tidak mempunyai wang, mana hendak mendapatkannya pada masa ini juga.
la la tu[lA lA tu] pada masa dan ketika itu juga.Tadi aku marah kat dia pasai tak habeh buat reja rumah, aku suroh dia buat la-la tu.[tA.di A.ku mA.ÒAh kAt di.jA pA.sAj tA/ hA.beh bu.wAt Ò«.dZA Òu.mAh A.ku su.Òoh di.jA bu.wAt lA lA tu]Tadi saya memarahinya kerana tidak menghabiskan kerja rumah, saya memintanya menyiapkan pada masa itu juga.
jejai[dZ«.dZAj]kata kerjamenyuruh seseorang makan pada masa dan ketika itu juga.Jejai cepat, baih dah nak mai.[dZ«.dZAj tS«.pAt bAC dA/ nA/ mAj]Makan cepat, bas sudah hendak datang.
rempang I[Ò«m.pAN]kata kerjamelakukan sesuatu tanpa berfikir dan boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lainJangan rempang kalu bawak moto dalam kampong.[dZA.NAn Ò«m.pAN kA.lu bA.wA/ m.t dA.lAm kAm.poN]Jangan membahayakan diri kalau menunggang motorsikal dalam kampung.
ghazal pati[xA.zAl pA.ti] kumpulan muzik berirama padang pasir dengan menggunakan alat -alat seperti gambus, akordian, biola dan lain-lain. Terdapat juga penari gelek lelaki yang berhias menyerupai perempuan dan kumpulan lawak jenaka.La ni ghazal pati dah tak dak darai menari.[lA ni xA.zAl pA.ti dAh tA dA dA.ÒAj m«.nA.Òi]Sekarang ini ghazal pati sudah tidak ada pondan menari.
cek[tSE]kata nama1. ganti nama diri pertama tunggal; saya, akuKalu buleh cek pon nak pi jugak.[kA.lu bu.leh tSE pon nA pi dZu.gA]Kalau boleh saya pun hendak pergi juga.
koi[koj]kata tugasmakin.Koi korek, koi dalam, ayaq dok takat tu jugak.[koj k.ÒE/ koj dA.lAm A.jA)Ö do/ tA.kAt tu dZu.gA/]Makin korek, makin dalam, air masih pada tahap itu juga.
laeh[lA.eh]kata adjektif1. letih, lemah atau tidak bermaya.Awat hang nampak laeh sangat, orang laen pon posa jugak.[A.wAt hAN nAm.pA/ lAeh sA.NAt .ÒAN lAen pon p.sA dZu.gA/]Mengapa awak nampak sangat letih, orang lain pun puasa juga.
   4. mengambil.Jangan tutoh buah tu kat hang sorang, bedak-bedak kat orang laen sama.[dZA.NAn tu.toh bu.wAh tu kAt hAN so.ÒAN bE.dA.bE.dA kAt o.ÒAN lAen sA.mA]Jangan mengambil buah seorang diri, bahagi-bahagikan kepada orang lain juga.
mengelau[m«.N«.lAw]kata kerjamemancing ikan haruan menggunakan buluh panjang dengan menggunakan umpan katak minyakSemalam ayah pi mengelau, banyak jugak dapat ikan ruan.[s«.mA.lAm A.jAh pi m«.N«.lAw bA.øA/ dZu.gA/ dA.pAt i.kAn Òu.wAn]Semalam ayah pergi memancing, banyak juga dapat ikan haruan.
12

Kembali ke atas