Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga.Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Lihat juga: Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). paku = pakis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan lurah (= rendah) juga diturut air.Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga.Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang tali berhujung juga.Biar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas