Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : juga

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga.

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(62)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.
Kurik Kundi Merah SagaBoleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya.
Kurik Kundi Merah SagaKelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau kutanam kutanam juga, Dari air sampai ke darat; Kalau kukenang kukenang juga, Dari dunia sampai ke akhirat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaSudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaDari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya.
12345678910...

Kembali ke atas