Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih. | Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut. | Lain-lain | 14.08.2015 |
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan.. | Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkali | Makna | 27.11.2008 |
Betulkah tanda baca bagi ayat berikut: a) "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "dia tidak jujur." | Yang betul ialah "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "Dia tidak jujur." | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |
salam, saya nak tahu sebelum "dan" perlukan letak koma? contoh: Rajin, jujur, dan amanah. | Penulisan koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Walau bagaimanapun penggunaan koma sebelum dan lazimnya digunakan bagi menyenaraikan kategori yang berbeza, contohnya Ahmad ke kedai membeli ikan, ayam, sotong, dan surat khabar. | Ejaan | 29.03.2012 |
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP? | Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan. | Ejaan | 07.03.2012 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ? | Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Adakah kata 'berkepemimpinan wujud? Dan contoh ayat. | Ayat yang betul ialah berpemimpinkan. Contoh ayat, Beruntunglah kita sekiranya dapat berpemimpinkan seseorang yang jujur, cekap dan bertanggungjawab. | Lain-lain | 10.04.2022 |
Adakah kata 'berkepepemimpinan wujud? Dan contoh ayat. | Perkataan yang betul ialah berpemimpinkan. Contoh ayat, Beruntunglah kita sekiranya dapat berpemimpikan seseorang yang jujur, cekap dan bertanggungjawab. | Lain-lain | 10.04.2022 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah? | Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |