Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ling] | جوليڠ

Definisi : (bkn mata) terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan mata hitamnya: matanya ~ sedikit; ~ air = ~ bahasa juling sedikit (dianggap sbg salah satu sifat kecantikan); ~ itik memandang dgn kepala tersenget sedikit; menjulingi mengerlingi, melirikkan (mata) pd; kejulingan perihal atau keadaan juling: ~ jenis ini berkaitan dgn gangguan keupayaan melihat sesuatu dgn kedua-dua belah mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juling (adjektif)
Bersinonim dengan kero, jereng, teleng, sela, cendang.,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kreket[kÄE.kEt]kata namajuling.Lawo budok tu tapi kreket.[lA.w bu.d/ tu tA.pi kÄE.kEt]Lawa budak itu tetapi juling.
kela[k«.lA]kata adjektifberkenaan mata yang juling sedikit.Kela pon kawen anok raja.[k«.lA pon kA.wen A.n/ ÄA.dZA]Juling pun berkahwin dengan anak raja.
celeng[tSE.leN]kata adjektifjuling sedikit.Celeng macam tu tak payah berubat, cantek.[tSe.leN mA.tSAm tu tA/ pA.jAh b«.Äu.bAt tSAn.te/]Juling sedikit itu tidak perlu berubat, cantik.

Kembali ke atas