Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ling] | جوليڠ

Definisi : (bkn mata) terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan mata hitamnya: matanya ~ sedikit; ~ air = ~ bahasa juling sedikit (dianggap sbg salah satu sifat kecantikan); ~ itik memandang dgn kepala tersenget sedikit; menjulingi mengerlingi, melirikkan (mata) pd; kejulingan perihal atau keadaan juling: ~ jenis ini berkaitan dgn gangguan keupayaan melihat sesuatu dgn kedua-dua belah mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juling (adjektif)
Bersinonim dengan kero, jereng, teleng, sela, cendang.,


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana unta tidakkan pening, Tupai meranda dipinang balam; Bagaimana mata tidakkan juling, Mengintai janda siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyaklah buah berselang seling, Berangkai panjang ujung-ujungan; Banyaklah tuah orang nan juling, Pandai memandang serong-serongan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apalah tanda buah bengkal, Bentuknya bulat berwarna kuning; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan matanya juling.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas