Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. hari keenam dlm seminggu, se­lepas hari Khamis; sembahyang ~ sem­bah­yang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40 orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu; berjumaat bersembahyang Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : Jumaat,jimat,jumud

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jumaat

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Hendak jumpa Nabi Muhammad,
     Hendak menghadap Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

PantunSumberTema
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Petang Jumaat memukul beduk, Sesudah itu orang pun qamat; Peganglah amanat elok-elok, Supaya badan jadi selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Beduk berbunyi petang Jumaat, Menyeru orang pergi sembahyang; Duduk menanti abanglah penat, Mahu berjalan hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau duduk sembahyang Jumaat, Ingat berdiri sebelum sembahyang; Kalau hidup memegang amanat, Adat diisi lembaga dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pukul gendang petang Jumaat, Pukul sekali mengada-ada; Eloklah kamii disebut jahat, Disebut baik tidak kan ada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Petang ini petang Jumaat, Anak kuda mandi terjun; Bukan tak tahu kumbang bersengat, Baik jaga bunga di kebun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas