Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.rus] | جوروس

Definisi : ; sejurus sebentar, sekejap, sejenak; ~ kemudian sekejap kemudian; berjurus-jurus beberapa jenak (lamanya): Noor pun berkata sesudah ~ tinggal mem­bisu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.rus] | جوروس

Definisi : lurus, terus, langsung, tegak; berjurus-jurus bersambung-sambung, tidak henti-hentinya, terus-menerus: Maskam ~ termenung pd malam itu; menjurus mengarah, menuju (terus ke atau kpd), tertumpu kpd: kita harus memilih aspek yg khusus supaya perbincangan kita ~ kpd satu arah sahaja; menjuruskan mengarahkan, memajukan, mendorongkan (mendesak terus), menumpu­kan: akibatnya mereka ~ semua nilai moral, estetika, dan keagamaan ke jurang cita rasa; jurusan 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura; mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu penge­tahuan): dia mengambil kursus dlm ~ eko­nomi; sekolah aneka ~; penjurusan proses menjuruskan (menjurus kpd) sesuatu (bidang, aliran fikiran, dll): ~ dlm bidang agama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.rus] | جوروس

Definisi : Kl; berjurus 1. berbudi bahasa, ber­kelakuan baik; 2. bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.rus] | جوروس

Definisi : ; berjurus-jurus beberapa ketika lamanya: Penyu itu memandang buah pisang yg sudah masak itu ~ lamanya. sejurus sekejap; sebentar: ~ kemudian, ia pun keluar dr biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ju.rus] | جوروس

Definisi : terus; lurus; langsung. menjurus mengarah; menuju. jurusan 1 tujuan; arah. 2 aliran bahagian pengajian atau mata pelajaran: ~ sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurus
Kata Terbitan : sejurus,