Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.wang] | جوروواڠ

Definisi : orang yg menerima atau membayar wang (di bank, kedai, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.wang] | جوروواڠ

Definisi : orang yg menerima atau membayarkan wang (di bank, di pusat membeli-belah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juruwang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih.Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut:

JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG,  JURUTAFSIR, JURUULAS,  JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai.
Lain-lain14.04.2019
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualitiEjaan yang betul ialah:
1. prabayar
2. mi
3. di sini
4. perabot
5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu
6. klinik
7. pasar raya
8. batik
9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang)
10. amalan
11. pelan
12. warung
13. kuetiau
14. dilarang
15. ejen
16. juruwang
17. martabak
18. alat tulis
19. pisang goreng
20. kualiti
Ejaan30.03.2012

Kembali ke atas