Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bur] | کابور

Definisi : 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn pe­lihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kan­dungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Kl sj kumbang kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Jk lari, melarikan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : 1 tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2 tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar(-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3 tidak jernih (benda-benda spt kaca); pudar; kelam. 4 ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar): Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur: Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul.A.
Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah.

B.
1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR.
2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan.
3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid
4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. 
 
Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
Lain-lain06.09.2015
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Silau I Silau IISilau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjauMakna18.03.2007
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Saya sedang menulis tesis dalam bahasa melayu diperingkat PhD dalam jurusan kejuruteraan elekktrik di UKM. Pertanyaan saya ialah mengenai satu pendekatan "Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)". Saya terjemahkannya sebagai "Sistem Taabir Kabur Neuro Adaptif", adakah boleh diterima atau ada cadangan lain dari pihak tuan/puan. SekianUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS). Walau bagaimanapun, kami ada istilah untuk Neuro Fuzzy (Neural Kabur), Adaptive (Ubah Suai) dan Inference (Inferen). Oleh itu, istilah yang kami cadangkan ialah Sistem Inferen Neural Kabur Ubah Suai.Istilah20.04.2011
assalamualaikum, Saya mempunyai kemusykilan tentang kata pemeri iaitu penggunaan ialah dan adalah.Walaupun telah merujuk Tatabahasa Dewan namun masih kabur. 1.Apakah jawapan bagi: Salina (ialah/adalah) kawan baik saya. 2.Adakah penggunaan kata ganti nama (orang) semestinya diikuti atau digandingkan dengan IALAH? 3.Saya berharap tuan dapat memberikan formula yang mudah agar saya dapat membezakan penggunaan kedua-dua perkataan. Terima kasih.Assalamualaikum.1.  Salina ialah kawan baik saya. 2.Kata ganti nama (orang) tidak semestinya diikuti atau digandingkan dengan IALAH. 3. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya Pengetua SMK Kajang ialah Encik Ahmad, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya Baju yang dipakai adik adalah merah, Kursus ini adalah untuk menambahkan pengetahuan.Tatabahasa28.07.2008
bagaimanakah cara untuk saya mempersembahkan karya saya seperti sajak dan sebagainya?Dalam hal ini soalan sdr amat tidak jelas atau kabur. Maksud saya mempersembahkan sajak untuk apa? Adakah untuk persembahan deklamasi di pentas atau persembahan untuk media cetak/elektronik? Harap dapat jelaskan. Terima kasih dan salam.Lain-lain08.09.2008
Apakah beza DEfinisi dan definasi? wujudkah istilah dalam BM definasi walhal KAmus DEwan tidak menyebutnya... Knapa fenomena 'definasi' semakin banyk digunakan jika kesahihan penggunaannya yang kabur sumbernya..Perkataan yang betul ialah definisi, iaitu terjemahan daripada definition. Perkataan difinasi dianggap salah dan penggunaanya di dalam teks tidak gramatis. Kini penggunaan definisi semakin mantap dan perkataan definasi telah diketahui oleh umum sebagai tidak gramatis.Tatabahasa25.09.2012
maksud kekaburan identitiDalam data rujukan kami, tiada maksud khusus bagi kekaburan identiti. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kekaburan bermaksud perihal atau keadaan kabur. Manakala identiti bermaksud 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yang tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yang dapat melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yang lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia.Makna12.12.2013
Apakah jawawaban yang paling sesuai? Pemandangan di sepanjang perjalanan semakin ___ kerana kabus semakin tebal. A. Redup B. Mendung C. Kapur D. Gelap Sekian, terima kasih.Jawapan yang tepat ialah kabur.Tatabahasa27.05.2021
12

Kembali ke atas