KABUS | Kabus, wap air yang kelihatan seperti asap terbentuk hasil pertemuan udara panas dengan udara sejuk melalui proses pemeluwapan yang berlaku berhampiran dengan permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY | Pergunungan Great Smoky diberi nama sedemikian kerana pergunungan itu biasanya diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini adalah antara yang tertinggi dan paling berceranggah dalam sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200 spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan seperti asap kabus di puncak gunung. | UMUM | |
NIFLHEIM | Niflheim adalah dunia orang yang telah meninggal dunia dalam mitologi Norse. Niflheim merupakan sebuah kawasan ais, kabus, dan kegelapan yang abadi. Dunia ini terletak di seberang Sungai Gjol, jauh ke utara Midgard, di mana manusia tinggal. Ketua dewa Odin membuang negeri dewi Hel ke Niflheim. Di sini dewi itu menjadi pemerintah alam baka, yang menempatkan roh mereka yang meninggal dunia kerana penyakit atau kerana tua. Roh pahlawan yang terbunuh dalam pertempuran pergi ke tempat yang disebut Valhalla. | UMUM | |
AEROSOL | Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin semburan deodoran dan semburan rambut mengeluarkan aerosol apabila digunakan. | UMUM | |
MALAM WALPURGIS | Malam Walpurgis ialah malam 1 Mei apabila orang Jerman merayakan pesta St. Walpurgis. Menurut legenda, para ahli sihir berkumpul pada malam ini dan merayakan hari sabat di gunung Brocken yang diliputi kabus, iaitu puncak yang paling tinggi di Pergunungan Harz. | UMUM | |
EKTOPLASMA | Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui seseorang yang dikenali sebagai perantara. Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan bak kabus yang terapung dari badan perantara apabila perantara itu berada dalam keadaan bersawai. | UMUM | |
SIROCCO | Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean. Angin sirocco mungkin membawa bersamanya lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala angin ini membawa bersamanya debu gurun. Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin panas yang tidak bermusim yang bertiup dari selatan di kawasan Mediterranean. | UMUM | |
ARUS LABRADOR | Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat yang berhampiran dengan pulau Newfoundland apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan British yang terletak pada latitud yang sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan tersebut bebas daripada ais sebahagiannya disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan angin panas dan lembap di atas Arus Telukan, kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak). | UMUM | |