ADAT PERKAHWINAN KADAZAN | ADAT PERKAHWINAN KADAZAN, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan di Sabah. | BUDAYA | Konsep |
DUSUN-KADAZAN | DUSUN-KADAZAN, suku kaum bumiputera yang terbesar di Sabah. Mereka menetap di seluruh Sabah, terutama di kawasan luar bandar di bahagian bukit dan pergunungan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BARASIK | BARASIK, upacara pengubatan tradisional puak Tatana (campuran antara Dusun-Kadazan dengan Cina) yang tinggal di daerah Kuala Penyu, Sabah. | BUDAYA | Konsep |
PESTA MENUAI | PESTA MENUAI, perayaan tahunan masyarakat Dusun-Kadazan di Sabah selepas menuai untuk memuja ‘magavau’ (semangat padi). Dengan usaha Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah, pesta ini diiktiraf oleh pentadbiran British Borneo Utara sebagai perayaan rasmi tahunan masyarakat Dusun-Kadazan dan dikenal sebagai ‘Tadau Kaamatan’. Magavau merupakan salah satu daripada upacara dan persembahan ketika menyambut perayaan Tadau Kaamatan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
UNKO | UNKO, parti politik di Sabah. UNKO ialah singkatan United National Kadazan Organization. Parti ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 khas untuk suku kaum Kadazan dan dipimpin oleh Donald Stephens. Ketika gagasan Malaysia diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, UNKO bersama-sama beberapa parti politik lain di Sabah dan di Sarawak telah menolak gagasan tersebut. Donald Stephens kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perpaduan Malaysia bagi memeriksa dan menyelidik pendapat rakyat Sabah tentang gagasan itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PARTI PERIKATAN SABAH | PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik. Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
BOBOHIZAN | BOBOHIZAN, orang yang amat berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam kehidupan kaum peribumi Sabah dan Sarawak, khususnya orang Dusun-Kadazan, pada suatu masa dahulu. Bobohizan, juga dikenal sebagai bobolian, babalian, babalizan, bergantung pada dialek dan tempat. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
MAGINAKAN | MAGINAKAN, upacara keagamaan kaum Dusun-Kadazan di Sabah sebagai cara menyatakan kesyukuran dan penghargaan kerana rezeki yang diberikan oleh tuhan Kinorohingan, di samping memohon kepadanya supaya menurunkan rezeki dan menyuburkan tanaman pada musim akan datang. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
LAPAU | LAPAU, hukuman adat di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan dan Murut di Sabah. Lapau merupakan ganti rugi yang wajib diberikan oleh seorang suami atau isteri yang melakukan zina dengan orang lain. Orang Dusun dan Murut menganggap berzina sebagai satu kesalahan adat., Mereka juga percaya bahawa tindakan itu boleh menggugat keharmonian kampung dan juga ahli keluarga pihak yang terlibat. | BUDAYA | Adat |
BABAS | BABAS, denda alat amala orang Dusun-Kadazan di Sabah untuk menghilangkan rasa marah, benci dan dendam seseorang terhadap orang yang pernah berkelahi dengannya. Amalam ini mewajibkan seseorang memberikan sejenis binatang ternakan kepada orang yang dibencinya. | BUDAYA | Konsep |