Untuk apa kain cindai, Supaya dapat kain baru; Untuk apa kahwin cerai, Supaya dapat kahwin baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yakin sudah percaya belum, Elok dibanding salah dan benar; Kahwin sudah nikahnya belum, Duduk bersanding perutlah besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun kain baru direndam, Kerana perlu dipakai juga; Walaupun kahwin baru semalam, Kerana malu bercerai juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang menjala ikan belanak, Dapat seekor puntang-panting; Kalau kahwin janda beranak, Habis kepala kena kencing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kura-kura hodoh, Mahu gelang kaki; Pura-pura bodoh, Mahu kahwin puteri. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Andainya sudah memakai kain, Jangan lagi berseluar panjang; Andainya sudah bernikah kahwin; Jangan sekali berlagak bujang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya sudah memakai kain, Elok sekali mengenakan baju; Andainya sudah bernikah kahwin, Duduk berdiri menjaga malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa guna membeli kain, Bila tidak ada selendang; Apa guna berjanji kahwin, Bila tidak suka meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |