Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg dijahitkan (dicanĀ­tumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kotakbunga kotakKesenianTiadaMotif batik berunsur geometri berbentuk kotak-kotak, terdapat pada kain sarung.
bunga bebalingbunga bebalingKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk bebaling, lazimnya menjadi pengapit kepala kain sarung dan di dalam motif pucuk rebung.
bunga ketam guribunga ketam guriKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga ketam guri, lazimnya terdapat pada kain sarung.
belt bucklependingArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat kelengkapan tradisional berbentuk kepala ikat pinggang. Alat ini dipakai di bahagian hadapan pinggang bagi mengukuhkan ikatan kain sarung, samping dan bengkung. Alat ini dipakai oleh lelaki dan wanita sebagai lambang budaya tradisi. Pending biasanya diperbuat daripada emas, tembaga dan perak. Bentuknya seperti daun sehelai mata jadam atau sepotong wajik runcing di kedua-dua bucu yang dihiaskan batu permata, delima, zamrud serta ukiran timbul berlarik. Alat ini dipercayai diperkenalkan oleh Cik Siti Wan Kembang di Kelantan pada awal abad ke-15 M.
bunga kenanga Bangkokbunga kenanga BangkokKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga kenanga, lazimnya menjadi pengapit kepala kain sarung atau diletakkan di bahagian tepi kain.
pucuk rebungpucuk rebungKesenianTiada1. Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung, lazimnya terdapat pada kepala kain batik sarung atau batik lepas.
bunga sirik rabungbunga sirik rabungKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk sirik rabung, lazimnya diletakkan di bahagian tepi kain dan sebagai pengapit kepala batik sarung atau batik lepas.
bunga bebaling limabunga bebaling limaKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk bebaling, lazimnya menjadi bunga tabur, terdapat pada badan batik sarung dan juga sebagai pengapit kepala kain.

Kembali ke atas