Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark pengkajian bahasa dan kesusas­teraan, terutama kesusasteraan lama, filologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuat kaji selidik. Tajuk kaji selidik dalam Bahasa Melayu ialah "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)" Soalan: Saya perlu pandangan penggunaan huruf besar bagi perkataan yang ada singkatan elektronik ‘e-‘ jika di permulaan ayat/tajuk. Adakah:- a) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-pembayaran)"; b) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-Pembayaran)"; c) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-Pembayaran)"; atau d) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)"?Jawapan yang betul ialah  'Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)'Ejaan13.07.2020
Daripada perkataan "kaji", terbit perkataan "mengaji" hasil daripada penggabungan antara kata dasar "kaji" dengan awalan me-, dan huruf pertama k dalam perkataan "kaji" berubah menjadi ng. Saya memahami pembentukan kata terbitan "mengaji". Apa yang tidak saya fahami ialah mengapakah wujud bentuk "mengkaji"? Adakah ini suatu kekecualian dalam tatabahasa? Pada pengetahuan saya, apabila huruf k bergabung dengan awalan me-, huruf k itu pasti berubah menjadi ng, kecuali kata yang dipinjam daripada bahasa lain. Minta tuan jelaskan keadaan ini.Apabila awalan meN- digabungkan dengan perkataan kaji, huruf pertamanya tidak berubah untuk membentuk perkataan “mengkaji”. Hal ini berlaku kerana terdapat perkataan “mengaji” yang membawa maksud yang berbeza.Tatabahasa23.12.2014
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada pihak DBP mempunyai perkhidmatan menyemak dokumen akademik yang di alihbahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Untuk makluman saudara, saya merupakan pelajar PhD dan dalam proses alihbahasa borang kaji selidik dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat khidmat nasihat sedemikian, berapakah kos yang perlu dibayar? Terima kasih.Untuk makluman saudara pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh membantu menyemak kaji selidik tersebut. Walau bagaimanapun bagi teks yang melebihi dua halaman bayaran akan dikenakan pada kadar 3-5 sen bagi satu perkataan  mengikut teks. Saudara bolehlah menulis kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan khidmat penyemakan tersebut.Lain-lain12.08.2008
semakan konsisten terjemahan soalan bagi kaji selidik daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

Untuk makluman, DBP tidak menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 

(PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan21.04.2020
Saya merujuki buku “Ulang Kaji Total Bahasa Melayu Terkini Tingkatan 1, 2, 3, PMR” terbitan Sasbadi, 2006, halaman 245 – 246. Dinyatakan bahawa (1) kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan judul buku (2) kata majmuk seperti tanah tinggi dan kompleks beli belah dan (3) cogan kata, simpulan bahasa, ungkapan dan sebagainya dikira sebagai sepatah perkataan. Contoh lain yang dianggap sebagai sepatah perkataan berdasarkan panduan itu ialah “Syed Muhammad Amin”, “Kota Kinabalu”, “bahasa jiwa bangsa” dan “bagai menatang minyak yang penuh”. Apakah pendirian KNDBP?1. Pendirian kami jelas, iaitu seperti yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu termasuklah nama orang, nama tempat dan judul buku.
2. Tanah tinggi ialah frasa nama dan kompleks beli-belah ialah kata majmuk.
3. Dalam contoh yang diberikan, perkataan dikira berdasarkan jumlah kata yang terkandung dalam ungkapan tersebut. Walau bagaimanpun hal ini mungkin berbeza dengan skema peperiksaan. Lazimnya kami akan mengingatkan pengguna untuk tujuan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada pihak yang berwajib melalui guru di sekolah. Wallahu'alam.
Tatabahasa09.05.2012
Wan Suhaila MON 09:39 Assalamualaikum. Saya Wan Siti Nursuhaila Wan Ab Halim, pelajar dari UiTM Melaka kampus Alor Gajah ingin menemu bual syarikat penerbitan tuan/puan untuk kaji selidik bagi subjek publishing kami. Segala maklum balas dan maklumat lanjut tentang kaji selidik ini bolehlah tuan/puan hubungi saya di talian 011-14891227 atau email wansitinursuhailasuhaila@gmail.comWaalaikumussalam. Untuk membuat kaji selidik tersebut, puan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479494, e-mel: khalik@dbp.gov.my.Lain-lain06.02.2017
Ingin menyemak kegunaan bahasa malaysia di dalam durat kaji selidik iniKami telah hantar lampiran tersebut dalam e-mel tuan. Boleh semak melalui e-mel akmal_leez89@yahoo.com

Terima kasih.
Tatabahasa24.03.2014
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu

1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana.

2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran.

3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb)

4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu.

Lain-lain26.10.2010
Berdasarkan karya sastera yang anda kaji, sejauh manakah karya tersebut dapat mencerminkan kehidupan masyarakat. adakah soalan yang saya bina ini berketepatan dengan bahasa.1.  Perkataan "Berketepatan" tidak tepat. Yang sesuai ialah "bertepatan"

2.  Ayat yang tuan bina itu betul dari segi bahasa.
Lain-lain07.04.2015
Dia sentiasa rajin seperti semut untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia sentiasa garang macam singa tetapi baik hati. Ayat ini boleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
123

Kembali ke atas