1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian, ulasan dan sebagainya yang berkaitan tentang syair bidasari ini? 2.Sejauh simpanan maklumat DBP, berapa banyakkah kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana terhadap syair bidasari? | Untuk makluman saudara, berhubung dengan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian tentan Syair Bidasari , dicadangkan supaya saudara menghubungi Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM,Bangi. Berdasarkan maklumat yang ada Syair Bidasari telah dikaji oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad, seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1089. Prof.Madya Hashim Ismail, seorang pensyarah dari Universiti Malaya juga membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme Yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair. Buku ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005. | Lain-lain | 28.07.2010 |
saya ingin mendapatkan kajian-kajian lampau tentang bahasa melayu oleh sarjana-sarjana seperti awang sariyan dn prof asmah hj omar, di mana saya boleh dapatkan sekian | Saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (perlu mendaftar sebagai ahli), DBP untuk mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan atau boleh juga berkunjung ke mana-mana perpustakaan berhampiran yang mendokumentasi kajian kebahasaan. | Lain-lain | 18.09.2011 |
Selamat sejahtera, tuan/puan. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya sedang melaksanakan kajian tinjauan mengenai saiz kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun lima sekolah rendah. Berdasarkan penelitian saya terhadap kajian-kajian lepas dalam talian, saya mendapati bahawa instrumen untuk menguji saiz kosa kata pelajar bahasa Melayu tiada. Jika dibandingkan dengan sistem pembelajaran bahasa Inggeris, ‘Vocabulary Level Test’ telah lama diwujudkan untuk mengukur tahap perbendaharaan kata pelajar bahasa Inggeris. Atas kekangan kekurangan instrumen yang berkesahan dan berkebolehpercayaan tinggi, kajian saya sukar untuk diteruskan. Untuk ini, saya berharap agar pihak tuan/puan selaku agen pemartabatan bahasa Melayu dapat menyediakan ujian yang berkenaan bagi mempermudah pelaksanaan kajian saya di samping memanfaatkan para pelajar bahasa pada masa akan datang. Andai kata terdapatnya kesilapan dan kekurangan dalam hasil carian saya, mohon pihak tuan/puan dapat memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya kepada saya. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. | Pihak kami mengambil maklum dan menyambut baik cadangan tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa mengalu-alukan sebarang kajian ilmiah yang akan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu, terutamanya dalam kalangan pelajar. Untuk makluman, Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP sentiasa melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk memantapkan korpus bahasa Melayu. Namun, bagi sebarang bentuk ujian atau kajian lanjut yang melibatkan para pelajar lazimnya akan dilaksanakan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. | Lain-lain | 14.08.2020 |
apa beza etiologi dan punca penyakit | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 25.07.2012 |
APA MAKSUD " EMPIRIKAL" | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data. | Lain-lain | 18.02.2011 |
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan. | Istilah | 06.09.2011 |
Kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekkitar merupakan asas kpada perubahan amalan hidup masyarakat tentang pelaksanaan tanggung jawab yang menjurus ke arah cintakan alam sekitar. Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan tahap kesedaran alam sekitar masyarakat Malaysia masih berada | Mohon tuan/puan memberikan soalan yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang tepat. | Lain-lain | 02.10.2021 |
Salam sejahtera Tuan. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Dalam suatu kajian, 1. 'persoalan kajian' atau 'soalan kajian' 2. 'pernyataan masalah' atau 'penyataan masalah' patut digunakan? Sekian, terima kasih. | Rangkai kata yang sesuai ialah i. persoalan kajian ii. pernyataan soalan | Lain-lain | 02.11.2018 |
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya. | Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data. | Makna | 27.07.2007 |
Saya merupakan seorang pelajar Kolej Mara Banting (program persediaan luar negara) dan perlu membuat kajian sastera. Kajian tersebut perlu dibuat pada karya sastera, puisi atau prosa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, saya ingin mendapatkan cadangan dari pihak tuan tentang novel yang sesuai untuk saya lakukan kajian? | Mohammad Nizrull, pihak DBP telah menerbitkan banyak novel. Sebagai cadangan, saudara boleh mendapatkan dua buat novel yang diterbitkan pada penghujung tahun 2008. Saya berpendapat novel-novel ini baik jika dapat dikaji oleh saudara. Dua buah novel tersebut ialah 'Daun' karya Malim Ghozali Pk dan 'Panggil Aku Melaju' karya Rahmat Haroun. Saudara boleh mendapatkan novel ini di Kedai Buku DBP | Lain-lain | 16.02.2009 |