Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.jian] | کاجين

Definisi : 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.jian] | کاجين

Definisi : hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
KAJIAN PSIKIK

Kajian psikik ialah nama asal bidang kajian

yang kini dikenali sebagai parapsikologi.

UMUM 
KAJIAN LAMBANG KEBANGSAWANAN

Kajian lambang kebangsawanan ialah

kajian tentang sistem simbol yang digunakan bagi

mewakili individu, keluarga, negeri dan sebarang

institusi seperti gereja dan universiti.

UMUM 
KAJIAN SOSIAL

Kajian sosial ialah satu program pengajian di

sekolah. Kajian sosial menumpukan perhatian

kepada individu, kumpulan, dan institusi yang

membentuk kehidupan bermasyarakat.

UMUM 
ALIRAN BENDALIRSistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan.  Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian.  Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan.  Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SEMANTIK

Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda

dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan

bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai

bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh

kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau

kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam

filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa,

semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian

sejarah mengenai perubahan makna perkataan.

UMUM 
MORFOLOGI

Morfologi ialah satu cabang sains yang

berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan

dan jirim bukan hidup. Morfologi

biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup.

Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian

tentang struktur sel; histologi, kajian tentang

struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur

keseluruhan organisma. Dalam geologi,

morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan.

UMUM 
KAJIAN ALAM SEMULA JADI

Kajian alam semula jadi bermakna

memerhati dan mempelajari benda-benda dalam

alam semula jadi.

UMUM 
LI SIGUANG

Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China.

Dia memberi sumbangan penting kepada sains

palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi

(kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian

tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan

disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi.

Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang

membincangkan aspek tegasan dan terikan.

Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan

penting dalam penemuan beberapa telaga minyak

yang besar di China. Karya utamanya termasuk

Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central

China (1947), dan Introduction to Geomechanics

(1962).

UMUM 
GEOLOGI PETROLEUMKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitanKEJURUTERAANKonsep
12345678910...

Kembali ke atas