Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki] | کاکي

Definisi : 1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(62)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAPAK KAKI RATA

Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung

panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari

jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang

lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk

menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang

percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh

menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan

ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak

kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana

tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun,

keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa

kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan

dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung

lengkung tapak kaki.

UMUM 
KAKI MAKAN AIR

Kaki makan air ialah penyakit kulit yang

berjangkit yang menyebabkan gatal dan bersisik di

celah jari kaki dan di tapak kaki.

UMUM 
PISANG KAKI

Pisang kaki ialah nama bagi lebih daripada 200

spesies pokok kecil yang tergolong dalam famili

kayu hitam. Dua spesies ditanam untuk buahnya

yang berisi, boleh dimakan, yang juga dinamakan

pisang kaki . Spesies ini adalah kaki atau pisang kaki

Jepun dan pisang kaki biasa . Kaki berasal dari

tengah dan utara China. Ia ditanam secara komersial

di China, Jepun, kawasan Mediterranean dan selatan

Amerika Syarikat. Ia mempunyai daun yang besar,

berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya berwarna

hijau kekuningan. Pisang kaki biasa berasal dari

tenggara Amerika Syarikat.

UMUM 
SEJUK KAKI

Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian

bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama

terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini

dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit

pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia

menyerupai reput fros yang ringan hinggalah

kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat

terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar,

pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami

sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros,

dengan membersihkan kaki, berehat dan

mengembalikan peredaran darah.

UMUM 
KAKI TOMBOL

Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa,

selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau

bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi

kemudian akibat daripada kemalangan atau

poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit

lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes.

UMUM 
KAKI LILIN

Kaki lilin ialah unit ukuran pencahayaan, iaitu

jumlah cahaya yang menerangi sesuatu objek. Kaki

lilin ini ialah sebahagian dari sistem ukuran lazim

atau sistem ukuran Inggeris.

UMUM 
ANTIPOD

Antipod ialah dua tempat yang betul-betul

bertentangan kedudukannya antara satu dengan

yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani

yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang

berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing-

masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia

dan New Zealand biasanya dikenal sebagai

antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula

sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua-

dua negara itu terletak hampir bertentangan

dengan England.

UMUM 
KAKI RENDAMAN

Kaki rendaman juga dikenali sebagai trench

foot , merupakan keadaan penyakit pada bahagian

bawah anggota dan kaki yang disebabkan

pendedahan berpanjangan pada keadaan sejuk

lembap.

UMUM 
TAPAK KAKI KANGGARU

Tapak kaki kanggaru ialah tumbuhan

berbunga yang tumbuh hanya di Australia Barat.

Terdapat kira-kira 10 spesies tapak kaki kanggaru.

Tumbuhan ini mempunyai daun yang sempit, yang

tumbuh terus dari tanah, dan tangkainya yang

panjang, kurus mengeluarkan kuntuman

bunga.

UMUM 
NOTA KAKI

Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf

kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia

digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu

panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke

dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala

digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan

atau idea yang mungkin mudah disalahertikan,

tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau

kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan

oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan

ayat dan membebaskannya daripada fakta yang

berlebihan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas