Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki] | کاکي

Definisi : 1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pengot[pE.Nt]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang terhenjut-henjut.Jaoh bona bojalan, sampai pengot kaki den.[dZAoh b.nA b.dZA.lAn sAm.pAj pE.Nt kA.ki dEn]Jauh benar berjalan, sampai tempang kaki saya.
kolimben[k.lim.bEn]kata kerjakaki seluar (yang berlipat), kelim (lipatan pada hujung kain).Kolimben solua tu, dah tobukak jaete.[k.lim.bEn s.luA tu dAh t.bu.kA/ dZAet.E]Kelim seluar itu sudah terbuka jahitannya.
kata kerja[di.lu.øAm]kata kerjadirusakkan, punah (dipijakkan dengan kaki).Pokok dalam kobon, abih dilunyam dek gajah.[p.k/ dA.lAm ko.bn A.bih di.lu.øAm dE/ gA.dZAh]Pokok di dalam kebun, habis dirosakan gajah.
sibak[si.bA/]kata nama1. kaki burung yang dua jarinya ke hadapan dan dua jarinya ke belakang.Burong yang bojari sibak, tak buleh dimakan.[bu.ÄoN jAN b.dZA.Äi si.bA/ tA/ bu.lEh di.mA.kAn]Burung yang dua jari kakinya hadapan dan dua jarinya ke belakang tidak boleh dimakan.
molopai[m.l.pAj]kata kerjameratakan dengan tapak kaki.Kek sawah tu lulok dah siap, molopai yo bolum.[kE/ sA.wAh tu lu.l/ dAh si.jAp m.l.pAj j b.lum]Di sawah itu lulok sudah siap, meratakan saja yang belum.
layoh[lA.joh]kata adjektifberkenaan kaki dan tangan yang terlalu penat.Layuh tangan den monulehe bolum yo siap-siap yo diolek tu.[lA.juh tA.NAn dEn m.nu.lEh.E b.lum j si.jAp.si.jAp j di.j.lE/ tu]Penat tangan saya menulisnya belum juga siap-siap dialek itu.
tingkat ruang[tiN.kAt Äu.wAN] duduk dengan cara memeluk sebelah kaki.Ponuleh tu dudok tingkat ruang kek tobeng sungai tu moncari elham.[p.nu.lEh tu du.do/ tiN.kAt Äu.wAN kE/ t.bEN su.NAj tu mn.tSA.Äi El.hAm]Penulis itu duduk tingkat ruang di tebing sungai itu, mencari ilham.

Kembali ke atas