Serangan dan serang-sentuh ialah istilah
undang-undang yang melibatkan ancaman dan
perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang
menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan
menerima perbuatan ganas dengan segera.
Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.
Mengangkat belantan atau mengancamkan
penumbuk merupakan serangan, walaupun
pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan
kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga
tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.
Seseorang yang menghalakan muncung
senapang kepada sekumpulan orang ramai
mungkin didapati bersalah kerana serangan
terhadap setiap orang dalam kumpulan orang
ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya
dengan pukulan sebenarnya ataupun
kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua
perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-
sama dan biasanya dihukum sebagai satu
kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika
seseorang berhak mengancam atau menimpakan
kecederaan. Seseorang boleh mengusir
pengganggu dari rumahnya dengan paksaan
yang wajar.