Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamu (kata nama)
Bersinonim dengan engkau, awak, saudara, saudari, encik, tuan, tuanku, puan, cik, cik puan, anda, hang, kome, mu, mika, anta, ante, tuan hamba;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
mana satu tepat bagi ayat berikut. saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ____________- akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, kata cikgu najihah kepada pelajar-pelajarnya. adakah kamu, kalian atau anda ..jawapannya.kalian.Tatabahasa08.04.2013
“Sembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangkan”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. munsyi, adakah ayat ini gramatis? pendapat saya ialah “Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. TQUngkapan "Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi" adalah gramatis namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa07.02.2012
apakah perbezaan penggunaan kamu atau kalianKamu ialah kata ganti nama diri kedua; atau anda. Manakala kalian merujuk kamu semua; atau sekalian.Tatabahasa18.05.2010
Mohon pencerahan bagi soalan berikut " Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, kalian / kamu ikutlah jadual yang telah dirancang tadi", kata Cikgu Rody kepada murid-muridnya. adakah kedua-duanya boleh diterima atau salah satu sahaja. terima kasihKamu ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Kalian ialah kata ganti diri kedua yang digunakan untuk merujuk kepada lebih seorang atau semua orang, biasanya dalam bahasa percakapan. Berdasarkan makna, penggunaan kata "kalian" lebih sesuai dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa08.05.2014
Apakah perbezaan antara " kamu" dengan "kalian"?Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), ataupun awak, engkau, manakala kalian ialah bahasa percakapan bagi awak (kamu) semua. Oleh itu untuk situasi rasmi kamu paling sesuai digunakan.Makna08.08.2008
Assalamualaikum. Bagi penggunaan kata ganti nama diri 'kamu' dengan 'kalian', manakah penggunaan kata yang paling tepat digunakan bagi merujuk bilangan yang ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kamu juga boleh digunakan untuk ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kalian tidak komunikatif dan jarang digunakan berbanding dengan penggunaan kata ganti nama diri kamu?Kalian bermaksud kamu semua. Apabila orang yang menjadi lawan bercakap itu ramai kata ganti nama yang betul ialah kalian atau kamu semua. Kata ganti nama diri kamu digunakan bagi orang yang lawan bercakap tetapi boleh membawa maksud anda dan anda sekalian.Tatabahasa10.06.2013
Apakah perbezaan penggunaan dalam kata ganti nama diri `kamu' dan `kalian'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'kamu' bermaksud kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Kalian bermaksud awak semua atau kamu semua. Walau bagaimanapun, kalian merupakan bahasa percakapan dan perkataan yang betul ialah sekalian.Makna08.02.2012
Selamat petang. Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'kalian' di letak di depan ayat untuk menunjukkan panggilan dalam bahasa Inggeris 'everybody' seperti yang ditunjukkan di bawah. Kalian, cepat belasah mereka!Kalian bermaksud kamu semua. Kata kalian boleh diletak pada pangkal ayat tetapi lazimnya dalam bahasa percakapan atau dialog seperti dalam contoh yang diberi kata kalian digugurkan dan terus kepada arahan sahaja "cepat belasah mereka", kecuali arahan itu kepada seseorang seperti Ali/kamu, cepat belasah mereka.Tatabahasa22.06.2011
merujuk kpd arkib soalan:kata kunci MEMOTONG jawapan no.9 'sudahkah........menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam'tanya cikgu Tan kepada murid-muridnya. Antara pilihan jawapan kamu dan kalian. Jawapan DBP ialah kamu. Bukankah kalian lebih tepat kerana merujuk kepada murid-murid(jamak).

Benar, jawapan yang paling tepat ialah kalian. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa23.05.2011
123

Kembali ke atas