Assalamualaikum, Saya perlu menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk pekerjaan saya. Tetapi kamus online tidak berfungsi dari semalam. Bila akan kamus online itu diperbaiki? Terima kasih. Nazra | Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa. | Lain-lain | 16.09.2015 |
Salam. Semakan di DBP kamus online, penggunaan ayat penguat kuasa mempunyai jarak antara penguat dan kuasa. Tetapi dalam penjawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Gred KP iaitu Penolong Pegawai Penguatkuasa dimana Penguatkuasa tiada jarak. Boleh saya dapatkan perncerahan berkaitan perkara ini? | Untuk makluman, kata dasar bagi perkataan penguat kuasa ialah kuat kuasa. Perkataan tersebut telah menerima imbuhan awalan. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah penguat kuasa. Walau bagaimanapun, perkataan kuat kuasa perlu dieja dengan satu perkataan sekiranya menerima imbuhan apitan, iaitu penguatkuasaan dan menguatkuasakan. | Tatabahasa | 08.02.2021 |
Mencari perkataan makna bagi perkataan baby car seat. Dalam kamus online tak wujud. Cuba tanya melalui Facebook, tak ada orang jawab. Memang tak wujud ke? | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "baby car seat" ialah kerusi keselamatan kanak-kanak. | Makna | 18.05.2020 |
Minta adakan sistem mencari makna dan maksud bagi setiap perkataan, maksud saya seperti kamus online ia boleh memberi kemudahan kepada saya untuk membandingkan ayat-ayat lama dengan yang baru? Terima kasih. | Puan Norsuhaida, Terima kasih atas pandangan ini. Sebenarnya kami memang ada menyediakan khidmat seperti yang dinyatakan. Sila ke Laman Dewan Bahasa dan Pustaka - prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 30.06.2010 |
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan. | Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut: Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain. | Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning. | Makna | 14.08.2017 |
DBP has online kamus, How do i subscribe and what is the cost? I am doing translation of questionnaire, i try to call Persatuan Penterjemahan Malaysia but no one pick up the phone. Do you have any idea what is the charges? How long do they take to do it? | 'Kamus online' boleh diakses melalui portal KaryaNet, tetapi portal ini sedang dalam penyelenggaraan, sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. | Lain-lain | 23.05.2008 |
Apakah makna kominiti bahasa ? Dari sumber buku mana saya boleh perolehi ? Lo Khi Nyen Saya cari dalam kamus online tidak dapat membantu. Terima kasih | Encik Abd. Rahman, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Secara umumnya komuniti bahasa ialah sesuatu bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Namun untuk makluman lebih lanjut Encik bolehlah merujuk buku-buku yang berkaitan bahasa yang ditulis oleh pakar bahasa kita. | Makna | 14.01.2009 |
Apakah nama dalam bahasa Melayu bagi negara "Central African Republic"? Adakah ianya "Republik Afrika Tengah" atau "Republik Tengah Afrika"? Daftar ini tiada dalam kamus online PRPM. | Padanan “Central African Republic” dalam bahasa Melayu ialah Republik Afrika Tengah. | Istilah | 10.01.2019 |
Salam En Sulaiman. Saya cuba mencari makna perkataan atau istilah "multi-skilling" atau "multi skills". Tetapi, saya tidak menjumpai makna perkataan tersebut di kamus online DBP. Mohon bantuan daripada pihak tuan. Terima kasih. Yang benar, Amran 012-3791871 amranvemma@gmail.com | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelbagai kemahiran. | Istilah | 03.09.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahaja | Menurut kamus Dewan, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan. | Makna | 02.05.2019 |