Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.ji] | کنجي

Definisi : 1. = air ~ air drpd nasi yg mendidih; 2. bubur nasi; 3. campuran air dan bahan pelekat (spt tepung sagu atau tepung ubi) utk menge­raskan pakaian, tajin; 4. (Bio) sj bahan yg terbina drpd unit-unit glukosa, dan banyak ter­simpan dlm tisu tumbuhan; ~ haiwan gli­kogen; ~ kayu sj kanji yg terdapat dlm kayu dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan utk pertumbuhan pokok; berkanji 1. ada kanjinya, mempunyai kanji: tepung gandum ialah makanan yg ~; 2. keras dgn kanji (bkn pakaian): berseluar bersih yg ~; menganji mengeraskan pakaian dll dgn kanji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ji] | کنجي

Definisi : ; (baju) ~ perak baju dalam (lelaki), singlet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ji] | کنجي

Definisi : sistem tulisan Jepun yg berdasarkan aksara Cina yg dipinjam atau yg diubah suai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ji] | کنجي

Definisi : 1 zat makanan yg berwarna keputih-putihan dan banyak terdapat di dlm beras, ubi dll; tajin. 2 bancuhan tepung sagu atau tepung ubi dgn air panas dan digunakan utk mengeraskan pakaian. 3 = air ~ air nasi yg sedang mendidih. 4 bubur nasi atau bubur sagu dsb. berkanji 1 terdapat kanji di dlmnya: Beras, tepung gandum dan ubi kayu ialah jenis makanan yg ~. 2 keras (bkn pakaian) kerana dibubuhi kanji. menganji mengeraskan pakaian dgn membubuh kanji; menajin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanji

Peribahasa

Air dalam karang menonggok,
     setanggi campur kemenyan,
gula tertumpah pada kanji.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil baik. menonggok = melonggok, menimbun.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANJI

Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang

terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh

didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan

kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang

bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu

(tapioka).

UMUM 
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
TEPUNG UBI KAYU

Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang

banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil

daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika

dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih

yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah

berkhasiat dan mudah dihadam.

UMUM 
DEKSTRIN

Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk

semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah

dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada

setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga

digunakan dalam menentukan saiz kertas dan

tekstil.

UMUM 
DEKSTROSA

Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam

industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya

dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan

putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial

dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau

memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur

dengan larutan asid hidroklorik cair.

UMUM 
MALTOSA

Maltosa ialah nama kimia bagi gula malt.

Pembentukan maltosa ialah langkah pertama dalam

proses pencernaan makanan berkanji. Enzim ptialin

dalam air liur menukarkan kanji ke maltosa. Enzim

lain memecahkan maltosa ke glukos (lihat Glukos).

UMUM 
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 
KELADI

Keladi ialah tanaman makanan yang utama di

kebanyakan negara tropika. Bahagian yang boleh

dimakan pada tanaman keladi ini ialah ubinya.

Bahagian yang membesar daripada batang pokok

ini hidup di dalam tanah dan menyimpan makanan

untuk tanaman itu. Ubi tersebut mengandungi

banyak kanji dan air, dan sedikit gula. Sesetengah

ubi mengandungi racun yang boleh menyebabkan

penyakit jika ia tidak dimusnahkan semasa

memasak. Ubi sesetengah keladi jenis liar

menghasilkan sebatian yang disebut saponin yang

boleh digunakan untuk membuat kortison dan

jenis dadah tertentu yang lain.

UMUM 
BIOPOLIMER

 Biopolimer ialah polimer yang terdapat secara semula jadi.  Kanji, protein dan peptida, DNA dan RNA adalah contoh biopolimer yang terdiri daripada unit monomer gula, asid amino dan asid nukleik.

BIOLOGISifat/Keadaan
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
12

Kembali ke atas