Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tum­buhan (lumut), rumput angin, tahi angin, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 = pokok ~ barus nama sj pokok yg menghasilkan kapur barus, Dryobalanops aromatica. 2 nama sj pokok yg kayunya digunakan utk membuat kerusi meja dll, Dryobalanops oblongifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapur

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Jangan ditambat di pohon keduduk;
Kapur saya kapur berjintan,
     Jangan diculik dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kalsium hidroksidasebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat simen, bahan turap, dll, kapur, kapur mati, kapur kaustik;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuripanark; kapur ~ kapur yg kering.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalsium(Kim) sj unsur logam yg lembut dan putih; ~ hidroksida sebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat simen, bahan turap, dll, kapur, kapur mati, kapur kaustik; ~ klorida sebatian tak organik berbentuk hablur putih (digunakan utk menge­ringkan benda-benda, dll); ~ oksida sebatian tak organik berbentuk pepejal putih, yg di­gunakan utk membuat racun serangga, racun kulat, agen pengering, dll, kapur tohor.Kamus Dewan Edisi Keempat
tohor1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal: sungai yg ~; 2. Mn tidak berair kerana ditimba dll, hampir kering; 3. Mn habis (wang dll); kapur ~ kapur hidup; ~-~ sealahan prb tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg lain); bertohor Mn berkering; tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja; ~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan; menohorkan 1. Mn mengeringkan; 2. mem­bawa ke tempat yg tohor (cangkat, cetek); ketohoran 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tulis; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatat­kan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. men­cerita­kan dgn menulis, mengarangkan, me­nyurat­kan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyu­rat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg mema­kai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengapur1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadi­kan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur;Kamus Dewan Edisi Keempat
kapur l1. benda putih yg diperoleh drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, mengecat rumah, dll); 2. = ~ tulis = ~ belanda Id kapur utk menulis di papan hitam; ~ barus sj benda yg rangsang baunya (di­peroleh drpd pokok Dryobalanops aromatica atau Cinnamomum camphora, atau dibuat dgn kaedah atau proses kimia); ~ hidup = ~ kuripan = ~ mentah = ~ tohor kapur yg belum dicampur dgn air, kalsium oksida; ~ masak kapur mati yg dicampur dgn pasir dan air; ~ mati = ~ kaustik kapur yg sudah bercampur dgn air, kalsium hidroksida; ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, plaster paris; ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih; ~ tohor nama lain utk kalsium oksida; bagai kunyit dgn ~ prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali); spt ~ di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan; sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar); berkapur mengandungi kapur; tanah ~ tanah yg mengandungi kapur; mengapur 1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadi­kan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur; mengapurkan menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih; pengapuran perbuatan mengapur atau me­ngapuri (dinding dll); pekapuran 1. = pekapur bekas (tempat) kapur; 2. tempat membakar kapur.Kamus Dewan Edisi Keempat
cunam Ikapur sirih, kapur makan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengapurimenjadi­kan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll):Kamus Dewan Edisi Keempat
kapur I1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas