Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tum­buhan (lumut), rumput angin, tahi angin, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 = pokok ~ barus nama sj pokok yg menghasilkan kapur barus, Dryobalanops aromatica. 2 nama sj pokok yg kayunya digunakan utk membuat kerusi meja dll, Dryobalanops oblongifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapur

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Jangan ditambat di pohon keduduk;
Kapur saya kapur berjintan,
     Jangan diculik dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan, Sila jelaskan maksud peribahasa "Laksana kunyit kena kapur" Terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "sebagai kunyit dengan kapur" yang bermaksud mudah mesra.Lain-lain14.08.2013
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.?

1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'.

2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'.

3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB

Tatabahasa27.01.2011
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata

Dua belas bintang di langit,

Bintang diraja dari Melaka;

Kata tuan pinang bergigit,

Kapur bercampur air mata

 

Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.10.2009
Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih

1.Sebagai kunyit dengan kapur.
Takrif
Mudah dan lekas mesra.

2. Seperti cincin dengan permata.
Takrif
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

3.Bagai hempedu lekat di hati.
Takrif
Perhubungan yang sangat akrab.

4.Bulan dipagar bintang.
Takrif
Cocok segala-galanya.

Makna08.09.2009
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Apakah jawawaban yang paling sesuai? Pemandangan di sepanjang perjalanan semakin ___ kerana kabus semakin tebal. A. Redup B. Mendung C. Kapur D. Gelap Sekian, terima kasih.Jawapan yang tepat ialah kabur.Tatabahasa27.05.2021
Salam sejahtera tuan. Apakah perbezaan antara peribahasa yang berikut? Bolehkah tuan menjelaskan penggunaannya? -bagai lesung dengan antan -bagai aur dengan tebing -bagai kapur dengan kunyit -bagai cincin dengan permata Penjelasan dan maklum balas tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Bagai lesung dengan antan bermaksud sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau orang yang berkasih-kasihan). Penggunaan peribahasa dalam ayat haruslah sesuai antara makn peribahasa dengan konteks ayat tersebut, contohnya "persahabatan antara Ahmad dan Ali boleh diumpamakan bagai lesung dengan antan". Untuk melihat makna peribahasa yang lain, sila rujuk laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aur+dengan+tebing&d=11, saudara dapat melihat maksudnya dan contoh penggunaan peribahasa tersebut (jika ada).Makna29.07.2013
Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.Makna01.02.2014
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
Makna18.05.2020
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010
12

Kembali ke atas