Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tum­buhan (lumut), rumput angin, tahi angin, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 = pokok ~ barus nama sj pokok yg menghasilkan kapur barus, Dryobalanops aromatica. 2 nama sj pokok yg kayunya digunakan utk membuat kerusi meja dll, Dryobalanops oblongifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapur

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Jangan ditambat di pohon keduduk;
Kapur saya kapur berjintan,
     Jangan diculik dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
batu kapurlimestoneBatuan endapan yang terdiri daripada kalsium karbonat, terutamanya dalam bentuk hablur kalsit. Batu kapur digunakan untuk membuat kapur tohor, kapur mati dan juga digunakan dalam industri simen.Menengah Rendah
kalsium karbonatcalcium carbonateBahan berbentuk pepejal berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur dan kalsit. Kalsium karbonat digunakan untuk membuat simen.Menengah Rendah
kalsitcalciteKalsium karbonat yang terbentuk secara semula jadi, berbentuk hablur dan tidak berwarna. Kalsit merupakan bahagian utama batu kapur, batu marmar dan kapur. Formula CaCO3.Menengah Rendah
kapurlimeBahan berwarna putih dan halus yang terhasil daripada batu sedimen dan membentuk batuan yang terdiri daripada mineral kalsium.Menengah Rendah
kapurlimeBenda putih dan halus yang terhasil daripada batu kapur. Lihat RajahSekolah Rendah
air kapurlimewaterLarutan kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila gas karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk.Menengah Rendah
air kapurlime waterLarutan akueus kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk.Menengah Atas
batu kapurlimestoneEnapan yang terdiri daripada kalsium karbonat.Menengah Atas
stalaktitstalactiteBatu kapur yang meruncing ke bawah di dalam gua. Lihat RajahMenengah Rendah
stalagmitstalagmiteBatu kapur yang bercerancang dari bahagian bawah di dalam gua.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas