Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap. | Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kuda bulu kasap. | Anak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertunggul ditarah, kesat diempelas. | Segala perselisihan kecil dan besar hendaklah diselesaikan dengan seadil-adilnya. empelas = pohon yang daunnya kasap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |