Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaul­annya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaan­nya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), me­nyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatang­kan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (se­seorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. mem­biarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia; pengasih pemberian, hadiah; kasi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE Ucapan Menteri TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE PADA 2 OGOS 2011 DI DEWAN BAIDURI Terima kasih pengacara majlis. Yang Berbahagia Dato’ Zoal Azha bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Yang Berbahagia Datuk Aziyah binti Mohammed Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Yang Berbahagia Bahagian, Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati, Salam Sejahtera , Salam 1Malaysia dan Salam 1NRE, Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak urus setia yang telah sudi menjemput saya hadir dan seterusnya memberikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan NRE pada pagi ini. Saya juga amat gembira melihat kehadiran YBhg. Dato Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=25&hits=465+4b5+aad+ad1+af8+b4a+fae+103c+13df+148c+14ac+1977+1d87+205a+207b+24a9+24c4+24df+253e+2957+29e2+2c67+2c7d+2cae+2d53+
http://www.nre.gov.my/BlogParlimen/default.aspx Home - Soal Jawab Parlimen NRE menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara seperti aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap dari kenderaan bermotor terutama ketika waktu puncak di kawasan-kawasan pusat bandar yang padat dengan trafik. Sekian, terima kasih. ​ X-UA-Compatible: IE=8 GENERATOR: Microsoft SharePoint progid: SharePoint.WebPartPage.Document Expires: 0 Filename: http://www.nre.gov.my/BlogParlimen/default.aspx Highlighter.aspx?DocId=69&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=57c+

Kembali ke atas