Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaul­annya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaan­nya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), me­nyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatang­kan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (se­seorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. mem­biarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia; pengasih pemberian, hadiah; kasi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Universiti Malaysia Sabah

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
https://www.ums.edu.my/v5/ms - UTAMA2020 Hits:4356 Baca lagi... 13 Mei 2020 - Penghantaran Pelajar Dari Kota Kinabalu Ke Kuching Dan Kuala Lumpur 17 Julai 2020 Hits:2968 Baca lagi... Sekalung Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Kakitangan UMS yang Telah Bersara 26 Januari 2023 Sekalung Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Kakitangan UMS yang Telah Bersara Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Career Fair@FSMP 25 Januari 2023 Career Fair@FSMP Pengumuman Daripada: Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan Highlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndek%20UMS&HitCount=2&hits=3fa+409+
https://www.ums.edu.my/v5/en/covid19UMS Official Website - Covid-19Ditanya Keadaan Mereka Semasa PKP 16 April 2020 - Komunikasi dan Interaksi Mahasiswa dalam Suasana Pandemik Covid-19 14 April 2020 - Frontliner 14 April 2020 - Fake News 13 April 2020 - TERIMA KASIH barisan hadapan UMS 13 April 2020 - Salam dari BSM 13 April 2020 - Mahasiswa: Siapakah Saya Ketika Covid-19 10 April 2020 - Siri Bimbingan Rohani sepanjang PKP: Usaha dan Tawakal 9 Mac 2020 - Perkongsian daripada Pengarah Pusat Pengurusan OKU HEPA UMS, Dr. Zaiton Mohamad 24 Mac 2020 - Kit Pelajar Produktif selama Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara 24 Mac 2020 - Pesanan kasih sayang buat para pelajar UMS daripada Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Nurlaila Hj. Said 23 Mac 2020 - Pesanan dari UMS Untuk Semua Warga Kampus dan Ibu Bapa Pelajar 23 Mac Highlighter.aspx?DocId=122&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndek%20UMS&HitCount=2&hits=61d+838+

Kembali ke atas