Slama sejahtera. mohon penerangan untuk penggunaan kata sendi bagi ayat di bawah. 1. Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut / pada rak kasut? Terima kasih. | Jawapan yang betul "Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut". | Lain-lain | 01.11.2018 |
KASUT-KASUT | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 17.03.2010 |
As'salam. Saya editor bagi sebuah syarikat penerbitan. Saya ingin menyemak tentang produk 'berus penggilap kasut' yang lazimnya dipanggil berus kasut yang digunakan untuk menggilap kasut. Bolehkah saya gunakan 'berus penggilap kasut' untuk menggantikan 'berus kasut' yang digunakan untuk menggilap kasut? | Penggilap bermaksud alat yang digunakan untuk menggilap sesuatu seperti kasut. Alat dalam konteks tersebut berkemungkinan berus, kain atau lain-lain material. Oleh itu, jika alat berkenaan hendak dikhususkan kepada berus sahaja, maka frasa berus penggilap kasut boleh digunakan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa berus kasut juga betul kerana berus juga digunakan untuk mencuci dan menggilap kasut. | Istilah | 06.06.2018 |
Salam sejahtera Tuan, Soalan-soalan dpd pihak panitia BM sekolah saya: 1. Bolehkah "Terdapat" dan "Ada" digunakan untuk permulaan ayat? Cth: Terdapat/Ada banyak ikan di dalam kolam itu. 2. Adakah penggunaan "di" dan "oleh" dalam ayat-ayat di bawah ini betul? a) Pertandingan bola jaring dianjurkan oleh sekolah Kim Sen. b) Pertandingan bola jaring dianjurkan di sekolah Kim Sen. c) Kasut-kasut yang dijual di kedai baharu itu murah dan bermutu tinggi. d) Kasut-kasut yang dijual oleh kedai baharu itu murah dan bermutu tinggi. Terima kasih atas bantuan dpd Tuan. | Terdapat dan ada ialah kata kerja dan kata kerja sebagai predikat hadir di tengah ayat, kecuali dalam ayat songsang. Dalam kedudukan songsang keseluruhan predikat mesti hadir di pangkal ayat. Contohnya, susunan biasa: Banyak ikan terdapat di dalam kolam, susunan songsang: Terdapat di dalam kolam banyak ikan. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
ingin memastikan yg mana perkataan di bwh betul. Wah! cantiknya kasut itu. Wah, cantiknya kasut itu! | Yang betul - Wah, cantiknya kasut itu! Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
Salam sejahtera, apakah terjemahan bagi perkataan "shoe tree"? Ini adalah suatu alat yang dimasukkan di dalam kasut untuk mengekalkan bentuk kasut. Sila rujuk gambar yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "shoe tree" dalam pangkalan data kami. Oleh sebab fungsinya untuk mengekalkan bentuk kasut, istilah yang dicadangkan ialah pengekal bentuk kasut atau pengubah suai bentuk kasut. | Istilah | 04.04.2013 |
saya ingin mendapatkan pengesahan bahasa untuk iklan butik kasut. kami menggunakan trade name "DC TRIBE" bagi butik kasut kami. untuk pengetahuan pihak tuan butik kami menjual kasut. terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 09.11.2016 |
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih. | Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.
| Tatabahasa | 20.05.2014 |
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya? | 1. Ali memakai baju sukan. 2. Ali memakai kasut sukan. Ali memakai baju sukan dan kasut sukan. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
pemborong kasut | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 01.08.2013 |