remote control | kawalan jauh | Teknik | Elektrik | Kawalan sesuatu proses dari tempat yang dilakukan jauh dari proses itu. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan litar elektrik geganti, litar logik, dan sebagainya. Kawalan jauh digunakan untuk keselamatan dan kemudahan kawalan. Kawalan ini mungkin menggunakan dawai atau tanpa dawai. |
arms control | kawalan senjata | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kawalan bagi mengekang pemilikan, penyebaran dan keupayaan ketenteraan sesebuah negara. Kawalan senjata juga merangkumi sebarang bentuk tindakan yang boleh mendorong sesebuah negara mengendalikan persenjataan secara terbatas ketika menghadapi krisis. Keperluan kepada dasar kawalan senjata dalam hubungan antarabangsa adalah berasaskan andaian bahawa persaingan persenjataan merupakan satu fenomena yang akan berterusan dan berkekalan dalam kancah politik dunia. Oleh itu, dasar ini merupakan satu bentuk tindakan pemaksaan secara positif. Perspektif ideologi ahli teori politik antarabangsa menegaskan terdapat perbezaan antara kawalan senjata dengan dasar pelucutan senjata. Pihak yang memperjuangkan pelucutan senjata berpegang kepada prinsip dunia tanpa persenjataan, manakala pihak yang memperjuangkan kawalan senjata menekankan prinsip pembangunan persenjataan yang terkawal. |
extraction control | kawalan pengekstrakan | Sains Forensik | Tiada | Kawalan terhadap sampel yang mengandungi kesemua bahan uji seperti yang digunakan dalam pengekstrakan DNA daripada sampel sebenar. Kawalan ini tidak mengandungi DNA dan diamplifikasikan seperti sampel lain untuk menguji sama ada terdapatnya DNA asing dalam bahan uji pengekstrakan yang digunakan. Kawalan pengekstrakan menjadi sebahagian daripada kawalan mutu dalam pengujian forensik DNA. |
motor control | kawalan motor | Sains Sukan | Biomekanik | Kajian berkaitan dengan postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kajian ini menjelaskan cara berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme kawalan pergerakan. Kawalan ini dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. Lihat juga lakuan motor. |
electronic engine control system | sistem kawalan enjin elektronik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pengurusan dan kawalan enjin yang terdiri daripada modul kawalan elektronik, penderia, suis dan penggerak. Sistem ini menerima isyarat input dari pelbagai penderia lalu diproses oleh modul kawalan elektronik dan menghasilkan isyarat output. Isyarat ini seterusnya dihantar ke penggerak untuk mengawal sistem pencucuhan, sistem suntikan bahan api, sistem kawalan pancaran dan sebagainya. |
knock sensor | penderia ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir. |
master switch | suis induk | Teknik | Elektrik | 1. Suis yang mengawal keseluruhan suis lain dalam sesuatu litar. Ada beberapa jenis kawalan suis induk termasuk kawalan induk pembatalan bagi suis dua hala, dan kawalan induk segera. 2. Peranti yang mengawal dan mengawasi kendalian penyentuh dan tambahannya. |
electric control | kawalan elektrik | Teknik | Elektrik | Kawalan sesuatu litar yang dilakukan dengan menggunakan tenaga elektrik, contohnya kawalan untuk menutup atau membuka pintu dengan menggunakan kekunci elektrik. |
locus of control | lingkungan kawalan | Pengurusan | Perancangan | Suatu konsep dalam psikologi yang merujuk kecenderungan individu untuk mengaitkan setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka disebabkan oleh diri mereka sendiri (lingkungan kawalan dalaman) ataupun pengaruh faktor luaran (lingkungan kawalan luaran). Contohnya, individu yang mempunyai lingkungan kawalan dalaman yang tinggi akan menganggap kegagalan yang berlaku berpunca daripada sikapnya sendiri, manakala individu yang mempunyai lingkungan kawalan luaran yang tinggi akan menyalahkan pengaruh luaran seperti ibu bapa atau guru atas kegagalan mereka. |
control of importation | kawalan pengimportan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah. |