Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kawasan pilihanraya Parlimen dan DUN yang dijangka menjadi pertarunganhebatTiadaDewan Masyarakat15 March 1982
Kawasan Tak Terjamah KataTan Lioe IeHorison1 February 1994
Kawasan tadahan: satu sumber yang diabaikanTiadaDewan Kosmik1 August 1995
Kawasan otak dan fungsi khususnyaAbdul Aziz Hj. KechilDewan Kosmik1 January 1997
Rekabentuk kawasan perumahanTiadaDewan Masyarakat1 October 1998
AFTA-kawasan perdagangan bebas ASEAN ke arah menyelesaikan perbalahanperdaganganMohamed Aslam Gulam HassanDewan Masyarakat1 November 1995
Perisytiharan kawasan putih langkah untuk membanteras pengaruh komuins di MalayaRoselina M. SabaiDewan Siswa1 August 2004
Kolokium Peradaban Kawasan Timur Laut KetigaShahril RizalDewan Masyarakat1 December 2005
Diglosia di kawasan perumahan Ulu Dedap, Seberang PerakNor Hisham OsmanJurnal Dewan Bahasa1 October 1993
Diglosia di kawasan perumahan Ulu Dedap, Seberang PerakNor Hisham OsmanJurnal Dewan Bahasa1 November 1993
123

Kembali ke atas