kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok atau kawasan kampus ialah kawasan larangan merokok. Yang mana betul/lebih tepat. | Jawapan yang betul ialah kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok. | Lain-lain | 16.11.2010 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki | 1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Salam sejahtera. Saya memerlukan sedikit pencerahan berkaitan istilah "preserve" yang digunakan untuk merujuk kawasan dipelihara alam semula jadinya untuk dilawati oleh pengunjung. Bolehkah dinamakan kawasan itu sebagai kawasan simpan? Adakah berbeza dengan kawasan yang dikatakan "reserve" yang juga membawa maksud "simpan", misalnya hutan simpan. Terima kasih. | Preserve membawa maksud memelihara sesuatu supaya dapat disimpan lama. 2. Melindungi sesuatu kawasan seperti hutan dan lain-lain daripada dirosakkan atau pupus. Istilah "preserve" biasanya digunakan untuk merujuk kepada "awet", manakala istilah "reserve" merujuk kepada "simpan". | Penyemakan dan penterjemahan | 20.01.2015 |
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat | Encik Zamri, 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan. 2. di bawah bukan dibawah. 3. di peringkat bukan diperingkat. | Tatabahasa | 27.05.2009 |
Astro AWANI baru-baru ini ada meuar-uarkan beberapa perkataan ICT, salah satunya adalah "kawasan khas" yang bermaksud hotspot dalam bahasa Inggeris. Adakah perkataan kawasan khas ini benar-benar merujuk kepada kawasan yang menerima capaian Internet atau hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada kawasan khas yang fizikal/zahir? | Assalamualaikum, Merujuk kepada kawasan khas di sini ialah kawasan yang boleh menerima capaian Internet yang disediakan oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Sekian terima kasih | Makna | 22.11.2017 |
mana satu yang betul, Pembantu-Pembantu Pertanian Kawasan atau Pembantu-pembantu Pertanian Kawasan?untuk makluman tuan, Pembantu Pertanian Kawasan merupakan pegawai di Jabatan Pertanian. | Ejaan yang betul ialah Pembantu-pembantu Pertanian Kawasan. | Ejaan | 28.02.2012 |
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ? | 1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 30.11.2009 |
Kawasan perkampungan itu ___ akibat ancaman gajah liar. Apakah perkataan yang paling sesuai ? | Sila nyatakan pilihan jawapan yang ada dan kami akan mengenal pasti jawapan yang tepat. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolah | mengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan. | Tatabahasa | 19.03.2008 |