Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kawasan SilvabambaEastern Universities PressTiada1980 
Kawasan perumahan di Shah AlamDewan Bahasa dan PustakaTiada1987 
Kawasan kilang di Petaling JayaDewan Bahasa dan PustakaTiada1973 
Kawasan Sekolah Menengah Raja AliDewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Kawasan setinggan, Kampong Pandan. KLDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kawasan perumahan yang terbiarDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kawasan LaranganRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada1997967-985-600-3
Kawasan perumahan orang asliDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Geografi kawasan Eropah Barat jilid duaDewan Bahasa dan PustakaTiada1981 
Geografi kawasan Eropah Barat jilid satuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1978tiada maklumat
123456789

Kembali ke atas