Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lek[lE/]kata namakawasan tanah rendah.Kat lek elok tanam jagong.[kAt lE/ E.lo/ tA.nAm dZA.goN]Kawasan tanah rendah itu elok ditanam jagung.
caa[tSA):]kata namakawasan air limbah.Itek suko ngat nyudu ae caa.[i.te/ su.k NAt øu.du Ae tSA):]Itik suka sangat menyudu air di kawasan air limbah.
langgah[lAN.gAh]kata adjektifberkenaan kawasan atau ruang yang menjadi lapang.Pemburu cari jalan keluar utan ikot langgah.[p«m.bu.Äu tSA.Äi dZA.lAn k«.lu.wA u.tAn ikot lAN.gAh]Pemburu mencari jalan keluar dari hutan melalui langgah.
kince[kin.tSe]kata namapokok yang sederhana besar yang tumbuh di kawasan sawah, berbuah halus dan apabila masak berwarna kemerah-merahan dan masam rasanya.   

Kembali ke atas