Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
luak[lu.wA/]kata namakawasan atau daerah lingkungan pimpinan Dato Undang yang empat di Negeri Sembilan.Undang bokuaso ateh luake.[un.dAN b.ku.wA.s A.tEh lu.wA/.E]Dato’ Undang mempunyai kuasa mutlak dalam daerah pimpinannya.
tobek[t.bE/]kata namakawasan yang berair, paya.Ikan yang dulue banyak kek tobek godang tu, jam ni dah abih kono tubo.[i.kAn jAN du.lu.E bA.øA/ kE/ t.bE/ g.dAN tu dZAm ni dAh A.bih k.n tu.bo]Ikan yang dulunya banyak di kawasan paya besar itu, sekarang ini sudah habis kena tuba.
porak[p.ÄA/]kata namakawasan kecil berpagar di keliling rumah untuk bercucuk tanam.Kok kau nak lado, poteklah kek porak den tu.[k/ kAw nA/ lA.d p.tE/.lAh kE/ p.ÄA/ dEn tu]Kalau hendak lada, petiklah di porak saya itu.

Kembali ke atas